NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Saturday, 25 April 2015

DIDIK ANAK-ANAK MENCINTAI RASULULLAH S.A.W.



Saad bin Abi Waqqas r.a. bercerita, maksudnya:

”Kami mengajar anak-anak kami kisah peperangan Rasulullah  s.a.w. seperti mana kami mengajar mereka mana-mana surah dalam al-Quran.”

Ali Abi Talib berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Didiklah anak-anakmu dalam tiga perkara: Mencintai nabimu, mencintai ahli keluarga nabi, dan membiasakan diri membaca Al Quran. Pembaca Al Quran berada di sisi Arasy bersama para anbiya dan asfiya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah.” ( Hadith riwayat oleh Imam At Tabarani dan Dailami ).


Allah s.w.t. menyoal kepada manusia tentang penciptaan makhluk dan dijawab olehNya sebagai panduan pengetahuan manusia:


 A027
A028
A029
A030


“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)." ( Al-Quran, surah Faatir ayat 27-30 )


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”