NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Wednesday 15 April 2015

PEMBERHENTIAN PEKERJA MAS: MTUC SARAN KERAJAAN PATUHI KOD TATA LAKU KEHARMONIAN INDUSTRI



Pemberhentian pekerja MAS: MTUC saran kerajaan patuhi kod tata laku keharmonian industri
Bernama | Kemas kini: Ogos 30, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 30, 2014 18:42 MYT)
  

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyarankan kepada kerajaan supaya mematuhi kod tata laku keharmonian industri apabila memberhentikan pekerja Malaysia Airlines (MAS), yang sedang dilanda masalah.

Presidennya Khalid Atan berkata kod tata laku berusia 40 tahun itu menjelaskan pelbagai langkah yang perlu diambil apabila membuang pekerja bagi mengurangkan dengan seboleh mungkin gangguan dan kesukaran yang akan dialami pekerja dan majikan.

Beliau berkata sebagai majikan bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan kebajikan pekerja merupakan perkara yang paling diutamakan apabila melakukan penyusunan semula terhadap model perniagaan MAS.

Beliau berkata demikian kepada Bernama bagi mengulas rancangan Khazanah Nasional Bhd menyusun semula syarikat penerbangan kebanggaan itu, yang memerlukan pembuangan kira-kira 6,000 pekerja.

Khalid berkata jumlah 6,000 pekerja itu sebenarnya bersamaan dengan 30,000 orang -- jika diambil kira bahawa setiap pekerja mempunyai lima anggota keluarga -- yang akan terjejas dengan langkah penyusunan semula itu.

Beliau turut menggesa Khazanah Nasional mendapatkan penglibatan pemimpin kesatuan sekerja bagi membantu melaksanakan urusan itu untuk meminimumkan kesusahan yang dialami pekerja dan keluarga mereka.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”