NASIHAT LUKMAN HAKIM: "WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT."

Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Tuesday 28 April 2015

KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA 
TUMPUAN PENGEBOM IS



Kuala Lumpur, Putrajaya 
tumpuan pengebom IS


28 April 2015 2:04 AM

SHAH ALAM 27 April – Kumpulan 12 lelaki warga tempatan disyaki menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) yang ditahan ketika sedang menguji bahan le­tupan semalam berkemungkinan mahu menjadikan kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai lokasi sasaran utama serangan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua-dua lokasi tersebut tersenarai dalam rancangan kumpulan terbabit dengan kaedah serangan secara pengeboman.

Hal ini kerana katanya, berdasarkan maklumat awal, pihak­nya difahamkan kumpulan terbabit dikatakan menyasarkan pusat-pusat maksiat dan bangunan-bangunan kerajaan sebagai matlamat utama serangan yang berdasarkan kefahaman mereka, Malaysia kononnya merupakan sebuah negara sekular manakala kerajaan yang ada pada hari ini adalah taghut iaitu melampaui batas atau sesat.
  
“Saya tidak boleh dedahkan secara spesifik sasaran utama kumpulan ini kerana ia masih dalam siasatan. Namun kumpulan ini menyasarkan tempat-tempat maksiat dan bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas majlis Taklimat Eksekutif Ancaman IS anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi; Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid; Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Prof. Madya Mohd. Mokhtar Shafii yang turut menyam­paikan taklimat bertajuk Islam dan Jihad dalam majlis tersebut.
  
Mengulas lanjut, Ayub Khan menjelaskan, daripada 12 individu yang ditahan, ada dalam kalangan mereka bekerja sebagai ahli perniagaan, penganggur dan pelajar.

Namun, beliau memberitahu, berdasarkan perkembangan siasatan ketika ini, kesemua mereka yang ditahan menyatakan tidak pernah ke Iraq dan Syria bagi menyertai aktiviti keganasan IS di negara Asia Barat itu.

“Namun, kita masih meneruskan siasatan terperinci mengenai perkara itu. Malah, kita juga difahamkan mereka belajar membuat bom menerusi internet.

“Penahanan 12 individu semalam menjadikan jumlah ke­seluruhan yang ditahan bagi kes yang berkaitan dengan IS di negara ini seramai 107 orang,” ujarnya.

Beliau berkata, berikutan penahanan itu, polis ketika ini telah memperketatkan kawalan keselamatan di semua bangunan kerajaan.

Semalam, sekumpulan 12 rakyat tempatan berusia antara 17 hingga 41 tahun yang disyaki meng­anggotai kumpulan IS ditangkap ketika sedang menguji bahan letupan di sebuah kawasan terpencil Gunung Nuang dekat Hulu Langat.

Difahamkan kumpulan ber­kenaan mahu menguji bahan letupan jenis ammonium nitrate fuel oil atau dikenali ANFO untuk perancangan melakukan serangan di beberapa kawasan strategik di seluruh negara.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nasihat Lukman Al-Hakim: “Anakku, apabila sesiapa datang kepada kamu dengan aduan bahawa si anu telah mencabut kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang membuat aduan itulah yang mula-mula mencabut mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain.”