Namamu mengukir di awan tinggi
melangit
Bergerak pantas mengatasi angin
sepoi-sepoi bahasa
Lebih laju daripada tiupan angin waktu
pagi
Kecepatannya melebihi panahan
petir
Doa munajatnya melebihi kilauan
kilat
Kerana engkau seorang mujahid
Permohonanmu dekat dengan Allah
s.w.t.
Lebih dekat dengan urat halkum
dan urat marikhmu.
Pejuang-pejuang
Bersamamu itu ada manusia doanya
dimakbulkan
Kerana
Mulutnya terhindar dari perbuatan
dosa-dosa
Mengumpat jauh sekali
Mencerca memang tiada
Menyakiti hati tidak terdengar
Memfitnah tiada langsung
Keran ia seorang bisu
Pejuang-pejuang
Sebarisan denganmu ada insan yang
pekak
Apabila tembakan berlaku ramai
kawan-kawan menutup telinga mereka
Namun sahabatmu yang seorang itu
Senyum sambil mengangkat ibu
telunjuk tangan kanannya
Mengisyaratkan senyum sinisnya
Menunjukkan keyakinannya
Kerana ia
Insan yang pekak
Pejuang-pejuang
Nun berdiri disebelahmu seorang insan
mengukir senyuman
Dalam hatinya penuh dengan
keyakinan
Dosa matanya telah dihapuskan
Zahirnya buta
Tetapi
Akal dan jiwannya celik secerah
matahari di tengah hari
Ia lebih aulah daripada semua orang kafir
Ia lebih sempurna daripada semua
golongan munafik
Ia lebih utama dari
sahabat-sahabat melihat kemungkaran tetapi tidak mencegahnya
Ia lebih baik daripada umat Islam
yang lalai
Kerana niatnya, tindakannya dan
perlakuannya
Mewakafkan dirinya
Menjadi seorang mujahid.
Pejuang-pejuang
Menjadilah seorang OKU
Daripada menjadi U OK tetapi
mendajal
Menjadilah manusia OKU cemerlang
Bukan anasir-anasir U OK merudum
OKU lebih baik dari U KO.
Menjadilah pejuang-pejuang OKU
Daulah Islamiyah
Engkau diingati sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment