Beberapa individu telah dapat
dihidu pergerakan mereka semasa mengadakan ‘jungle tracking’ di Gunung Nuang,
Hulu Langat, Selangor.
Kelicikan individu-individu IS-IS
itu wajah mereka kabur-kabur atau
membelakangkan kamera dengan masing-masing menggalas ‘beg sekolah’, berbeza
dengan pasukan gerak khas, SWAT dan pejuang-pejuang Daulah Islamiyah mereka
memakai ninja dan berpakaian serba hitam.
Pasukan-pasukan tersebut apabila beraksi di medan lapangan jika golongan dajal terserempak dan tertangkap
oleh mereka tiada ampunan bagimu lagi termasuk yang bersekongkol dengan dajal
kerana mendungu-dungukan diri mereka sendiri.
Bahayanya IS-IS itu kerana mereka
mempunyai pengikut remaja belasan tahun dan beberapa bulan yang lalu seorang
remaja perempuan belasan tahun ‘bercinta-cintaan’ dengan IS, maka wajarlah Bahagian Counter
Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, memantau pergerakan mereka kerana
dikhuatiri akan mendajal dan bersekongkol dengan golongan dungu-dungu.
Kewajaran pihak Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas
Bukit Aman, memantau pergerakan IS-IS tersebut termasuklah mereka yang mendajal
menyorok MH370 senyap disedut oleh Lautan Hindi yang dikawal oleh jin-jin
mendajal.
Allahu Akhbar.
12 anggota militan IS ditangkap
Semasa mereka uji bom, rancang cetus huru-hara
ILAH HAFIZ AZIZ DAN MASZUREEN
HADZMAN | 27 April 2015 2:19 AM
Antara barang-barang milik
anggota militan yang dirampas oleh anggota polis berkenaan dalam operasi
tersebut.
Difahamkan kumpulan berkenaan
mahu menguji bahan letupan jenis ammonium nitrate fuel oil atau dikenali ANFO
untuk perancangan melakukan serangan di beberapa kawasan strategik di seluruh
negara.
Menurut sumber, anggota militan
IS melakukan eksperimen terbabit selepas mempelajari cara-cara membuat bahan
letupan menerusi internet.
“Ujian awal itu juga dilakukan
bagi melihat keberkesanan bom memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman
ekoran tiada pakar membuat bom dalam kumpulan terbabit.
“Jika berjaya, ANFO sebanyak 40
hingga 50 kilogram boleh menghancurkan sebuah bangunan setinggi tiga hingga
empat tingkat,” katanya.
Tambah sumber, kumpulan militan
tersebut merancang melakukan serangan selepas dikatakan mendapat ‘mandat’
daripada pemimpin IS di Syria.
Dalam perkembangan berkaitan,
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan 12 anggota militan
yang ditangkap itu sedang merancang untuk melancarkan serangan ke atas sasaran
strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang.
Kata beliau, kesemua mereka yang
ditangkap Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas itu adalah rakyat
tempatan yang berusia antara 17 hingga 41 tahun.
Katanya, tangkapan tersebut
dibuat di sekitar Hulu Langat, Selangor dan Cheras semalam dan hari ini.
“Antara barang yang dirampas
dalam operasi terbabit adalah bendera IS, serbuk dipercayai ammonium nitrate
sebanyak lebih 20 kilogram, serbuk dipercayai potassium nitrate (20 kilogram)
dan cecair kerosin (2 liter) yang digunakan bagi menghasilkan bahan letupan.
“Polis juga merampas empat biji
bateri 9 volt, batang paip PVC (tiga), alat kawalan jauh (dua), penimbang
digital, penyukat (dua), motor penggera, pelbagai jenis wayar dan beberapa
peralatan yang digunakan menghasilkan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan,
di sini hari ini.
Khalid berkata, rancangan
melancarkan serangan itu sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria ke
atas negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka.
“Selain itu, serangan berkenaan
juga berbentuk tindak balas terhadap operasi penangkapan terhadap mereka yang
disyaki terlibat dengan IS oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” jelasnya.
No comments:
Post a Comment